HOCC menyediakan berbagai jenis homemade kek dan coklat mengikut kehendak dan citarasa anda. Ianya sesuai dijadikan hadiah untuk perkahwinan, harijadi, pertunangan, sebagai tanda cinta dan amat sesuai diberikan kepada yang tersayang. HOCC juga menyediakan pakej untuk doorgift atau goodies sesuai dengan bajet anda. Kek dan Coklat yang dihasilkan oleh HOC dijamin halal, bersih dengan harga yang berpatutan. Semoga ianya dapat memenuhi kehendak dan citarasa anda.

Pengumuman :
dengan ini dimaklumkan bahawa HOCC telah didaftarkan dengan nama Anno Domini Resources dengan Pendaftaran no SSM 002149040-H
sekian, terima kasih

Jumaat, 17 Februari 2012

Angry bird Chocolate Bar...

Chocolate Bar dengan Badam Hancur
RM 2.50 per pcs..

tempahan nie pun daripada aminah gak..aku rasa nie yang last kot dia order kat aku sebab start next week dia nak praktikal sampai bulan 6...
aku ada mention kan yang minah nie peminat coklat tegar kan..so, that's it..dia order 13 pcs chocolate bar...
memang tegar betul kan...okaylah dik..makan coklat nie buleh menghilangkan stress..tapi, jangan over the limit dah lah nooo..kang nanti dapat penyakit lak nanti..
dadaaaaaaaa..

My first Trial...Hand Bouquet...

Hand Bouquet - RM 25.00
8 pcs rose lollysticks with almond filling

another tempahan daripada aminah untuk hubbynyer yang baru pulang dari mesir...
suweeet betul ko dik....
ekceli this is my first try....sebelum nie tak pernah buat lagi..
bila aminah request nak flower bouquet..aku pun memberanikan dirilah nak mencuba...
Alhamdulillah, menjadi jugak percubaan akak...
so, uols yang minat nak order boleh order dari ahkak eh..
dadaaaaaaaaaaa....

A birthday Gift

4 pcs pralins
2 pcs almond filing
2 pcs blueberry filing
RM 4.50 including decorations

another tempahan daripada student DQ sempena birthday mak dia..
thanx dik..next time order lagi noooo...

Tempahan Ciskek Lagi...

Blueberry Cheesecake
RM 40.00

Alhamdulillah..dapat satu lagi tempahan dari member hubby, rizal...
ekceli dia order kek nie sempena birthday dia..
cuba tengok kat kotak kek tue, aku ada tampal lilin besau 3 batang..yang kecik 1 batang...means dia nyer umur dah masuk 31 tahun...
so, happy birthday rizal...lepas nie ..buleh order lagi nooo..

Hantaran untuk majlis pertunangan dan majlis perkahwinan

 35 pcs pralins with almond fillings
RM 55.00

 35 pcs pralins with almond fillings
RM 55.00

another tempahan daripada cik puan aminah (student degree)..
ekceli kan, time aku buat order nie aku tengah demam...huhuhuhuhu...
tapi, demi untuk tidak menghampakan harapan customer...aku cekalkan hati dan perasaan, buat order nie bagi siap gak..
dah, siap coklat nie..demam i dah kebah you......

Khamis, 16 Februari 2012

Tempahan dari Aminah, Student Degree

smiley lollysticks = RM1.00 each (bubble rice filling)
oreo chocolates lollysticks with edible image = RM 2.50
2 layer lollysticks with blueberi fillings = RM 1.80

tempahan dari aminah, student degree sebagai buah tangan kepada adik-adik kat kampung...ekceli kan, minah nie peminat tegar coklat..so, thanx dik..next time leh order lagik..


Budget door gift

Budget door gift RM1.50
1 pc almond filling
1pc plain chocolate

tempahan nie daripada opismate aku a.k.a. kak gayah sempena family gathering..
kak gayah cakap nak buat makan-makan ja punnnnn..so, aku suggest pattern nie...
untuk makan-makan ja kan...kalau untuk hantaran kurang sesuwaiiii...

Selasa, 14 Februari 2012

Tempahan Untuk Mesyuarat Lembaga Darul Quran

4 pcs pralins in gold box - RM 4.50 (including ribbons)
2 pcs blueberry filling
2 pcs whole almond

tempahan untuk Mesyuarat Lembaga Darul Quran...Aissseeh...nie first time dapat tempahan untuk VVIP's and VIP's...
mula-mula tue aku macam berat la sket nak amik order nieh sebab tempahan dibuat agak last minute..tapi, memandangkan cuma diorang nak dalam 20 boxes ja..so, aku pun buat ja lah..
so, feedback yang aku dapat...heheehheee..diorang puas hati...so, aku pun rasa happy lah kan..laalalaalalla...
dadaaaaaaaaaa...

My First Trial

Mini bluberi ciskek
RM 2.50 each

yuhuuuuuuuuu....ater teman nak kaborkan kat uolss ler kan...nie percubaan baru teman..teman baru nak berjinak-jinak ngan dunia baking membaking nieh..

kalau sapa-sapa yang nak order bulehlah isi form kat bawah yer...
hari nie kebosanan melanda...takder mood nak menulis.. layan gambar je lah...dadaaaaaaaa




Jumaat, 10 Februari 2012

Tempahan dari Dila..

sakura bouquet in red with bubble rice
40 pcs = RM 70.00
including basket and flowers...

tadaaaaa....tempahan dari dila from felda besout...orang kampung mak mentua teman...dila minta aku buat coklat tue merah menyala..tapi, aku terpikir gak..nak buat merah menyala tue no hal..tapi, kang nanti kesian lak orang makan terasa tak sedap lak...
so, aku pikir nyer pikir..last sekali aku balut coklat tue ngan paper kaler merah...so, at least menepati gak kehendak tuan empunya badan kan...
majlis kawen dila 4/2/2012...since aku tak dapat hadir, aku terpaksa deliver coklat nie one week earlier...aku risau gak takut cayer kang coklat nie...tapi, dila bgtau aku, mak dila letak coklat nie dalam peti ais umah dia...sib baik besau peti ais umah ekau dik oiii..kalau tak kang, cayer sebelum majlis naya jer...almaklumlah kan...kawasan umah kita tue sekarang nie panas bebenor...
apapun, dila puas hati dan aku pun rasa legaaa...thanx dik...akak doakan dila berbahagia hingga ke akhir hayat....Insya-Allah, kenduri belah lelaki nanti akak gi..*kalau takder aral melintanglah yeeee*

Borang Pesanan

Nama Anda
Email
No. Telefon
Butir-butir tempahan
Cara penghantaran melalui pos
self pick up

Create a web form here