HOCC menyediakan berbagai jenis homemade kek dan coklat mengikut kehendak dan citarasa anda. Ianya sesuai dijadikan hadiah untuk perkahwinan, harijadi, pertunangan, sebagai tanda cinta dan amat sesuai diberikan kepada yang tersayang. HOCC juga menyediakan pakej untuk doorgift atau goodies sesuai dengan bajet anda. Kek dan Coklat yang dihasilkan oleh HOC dijamin halal, bersih dengan harga yang berpatutan. Semoga ianya dapat memenuhi kehendak dan citarasa anda.

Pengumuman :
dengan ini dimaklumkan bahawa HOCC telah didaftarkan dengan nama Anno Domini Resources dengan Pendaftaran no SSM 002149040-H
sekian, terima kasih

Jumaat, 10 Februari 2012

Tempahan dari Dila..

sakura bouquet in red with bubble rice
40 pcs = RM 70.00
including basket and flowers...

tadaaaaa....tempahan dari dila from felda besout...orang kampung mak mentua teman...dila minta aku buat coklat tue merah menyala..tapi, aku terpikir gak..nak buat merah menyala tue no hal..tapi, kang nanti kesian lak orang makan terasa tak sedap lak...
so, aku pikir nyer pikir..last sekali aku balut coklat tue ngan paper kaler merah...so, at least menepati gak kehendak tuan empunya badan kan...
majlis kawen dila 4/2/2012...since aku tak dapat hadir, aku terpaksa deliver coklat nie one week earlier...aku risau gak takut cayer kang coklat nie...tapi, dila bgtau aku, mak dila letak coklat nie dalam peti ais umah dia...sib baik besau peti ais umah ekau dik oiii..kalau tak kang, cayer sebelum majlis naya jer...almaklumlah kan...kawasan umah kita tue sekarang nie panas bebenor...
apapun, dila puas hati dan aku pun rasa legaaa...thanx dik...akak doakan dila berbahagia hingga ke akhir hayat....Insya-Allah, kenduri belah lelaki nanti akak gi..*kalau takder aral melintanglah yeeee*

Tiada ulasan :

Borang Pesanan

Nama Anda
Email
No. Telefon
Butir-butir tempahan
Cara penghantaran melalui pos
self pick up

Create a web form here